06 January 2011

Musim Banjir

Banjir telah menampakkan diri. ( bahasa sastera tu) he he. Semai kami telah lebih 14 hari dalam petak. Kami tak dapat gulung semai kerana air kini sedang memenuhi sawah. Kerja-kerja mencedung tak dapat dijalankan.
Kami agak risau kerana masih banyak lagi tempahan yang belum disiapkan. Kekurangan petak semai menjadi cabaran yang paling getir di musim ini untuk kami selesaikan. Insya allah dengan usaha kami membuat petak baru akan sedikit sebanyak akan mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan-pelanggan kami.

Terima kasih yang tak terhingga untuk Pengarah Ketara, terutamanya pegawai-pegawainya yang telah bertukus lumus menyelesaikan masalah kami. Juga kepada customer kami yang tetap memberi ruang dan peluang kepada kami.

No comments:

Post a Comment