09 January 2011

Naik Taraf Tapak Semai

Kerja-kerja menambah petak semai sedang giat dijalankan. Kerja membuat petak baru tergedendala tiga hari sebab air bertakung di kawasan petak baru. Alhamdulillah kini kerja tersebut boleh diteruskan.

06 January 2011

Musim Banjir

Banjir telah menampakkan diri. ( bahasa sastera tu) he he. Semai kami telah lebih 14 hari dalam petak. Kami tak dapat gulung semai kerana air kini sedang memenuhi sawah. Kerja-kerja mencedung tak dapat dijalankan.
Kami agak risau kerana masih banyak lagi tempahan yang belum disiapkan. Kekurangan petak semai menjadi cabaran yang paling getir di musim ini untuk kami selesaikan. Insya allah dengan usaha kami membuat petak baru akan sedikit sebanyak akan mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan-pelanggan kami.

Terima kasih yang tak terhingga untuk Pengarah Ketara, terutamanya pegawai-pegawainya yang telah bertukus lumus menyelesaikan masalah kami. Juga kepada customer kami yang tetap memberi ruang dan peluang kepada kami.

17 December 2010

Mengulung Semai MR266


Kerja-kerja Mengulung semai variety MR266 untuk mencedung di Bintang dibawah Projek Promosi Mencedung.

16 December 2010

Naik Taraf Petak Semaian





Kami sedang berusaha untuk menyediakan petak semaian benih bagi menyiapkan tempahan customer. Pilihan segera yang kami ada adalah meratakan tanah di ruang kosong petak semaian kami. Kami terpaksa berusaha begini setelah usaha kami untuk menyewa petak milik Pertubuhan Peladang Kawasan Gerai (PPK) menemui jalan buntu.

Naik Taraf Petak Semaian




15 December 2010

Kekurangan petak semaian




kami kini kekurangan petak semai. kini kami giat berusaha untuk menampung semai bagi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami.
Inilah salah satu ikhtiar kami.

02 December 2010

Semai dalam petak semaian


Test Plot

Kadar berat biji benih/tray adalah 250 - 300 gram.

Kami telah mencuba dengan kadar 100g, 130g, 150g, 180g, 200g dan 220g.

kesimpulan : kadar yang terbaik adalah 150g hingga 200g.

Suatu fakta yang para petani harus ketahui adalah kadar cedung yang nipas dan jarang adalah proses yang terbaik dalam penanaman padi secara cedung.

Menggunakan biji benih yang kurang dapat membantu para petani untuk meningkatkan hasil padi selain daripada menjimatkan pengunaan benih padi. Purata pengunaan benih untuk satu ekar adalah satu kampit benih.

07 October 2010

Projek Semaian Bermula

Pekerja sedang giat mengatur tray semai. inilah projek pertama kami. keseluruhan semai yang berjaya kami buat adalah sebanyak 17 ribu lebih.

08 June 2010

Salam Buat Semua Pengunjung

Nantikan maklumat selanjutnya